Tuesday, April 26, 2011

Lelaki Jadi Bodoh Depan Wanita Cantik ??? Betul Ke ???

FUYOOOHHH !!!
ganas betol tajuk entry nie...
boley mnimbulkan kontrovesi nmpaknye...
lagi2 utk org lelaki...
hahahahaha !!!
tapi betol ke org lelaki jadi bodoh bila dpn awek cantik ???
mai baca berita kt bwh nie dulu....



Lelaki jadi bodoh depan wanita cantik


2011/04/26

Kajian dapati mereka pelupa, tergamam

TOKYO: Pernahkah anda terfikir ekspresi keliru dan bosan di wajah lelaki ketika berbual dengan wanita cantik seperti dalam filem seperti There’s Something About Mary hanya sekadar lakonan, anda silap jika beranggapan sedemikian



Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik.
Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati beliau tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.

Dalam usaha membuktikan teori mereka, penyelidik itu membuat kajian terhadap 40 pelajar lelaki heteroseksual, lapor J Cast.

Pelajar itu diminta melakukan ujian memori yang standard iaitu mereka perlu menghafal beberapa ayat dan mengulanginya. Kemudian mereka diarahkan berbual beberapa minit dengan kumpulan lelaki dan wanita sebelum mengulangi ujian hafalan itu.

Kajian itu mendapati, lelaki lebih lambat dan kurang tepat memberi jawapan selepas berbual dengan kumpulan wanita cantik itu. Lebih menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah.
Lebih mengejutkan, apabila ujian sama dilakukan terhadap sekumpulan wanita, tahap memori mereka sama tidak kira mereka bercakap dengan lelaki atau wanita.

Menurut ahli psikologi itu, hasil penyelidikan itu membuktikan lelaki diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, mereka lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama apabila berdepan dengan cabaran baru, lapor J-Cast.

Kajian itu mempunyai implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan peperiksaan pelajar lelaki di sekolah campur.

Jika lelaki hilang fungsi kognitif apabila berbual dengan wanita cantik di tempat kerja, lebih baik tidak mengambilnya bekerja dalam syarikat, kata seorang lelaki Jepun berusia 30 an yang bekerja di sebuah syarikat terkenal kerana mengambil wanita cantik bekerja. – Agensi

*sumber dari Berita Harian...


lepas baca berita nie...
aku hrp korg boley decide...
terutama kpd lelaki...
adekah korg nie jadi bodoh bila brdepan dgn awek cantik atau tidak...
ape2 pon...


RENUNG - RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL !!!


p/s : aku pon kdg2 kalau jumpe awek cun mcm org xbetol jugak...bkn org bodoh iye...hihihihi...

0 ulasan: